KELUAR DARI KEMISKINAN

Bab 1

LARI DARI API

Berkat usaha saya lari dari api, akhirnya saya menjadi jutawan. Hanya orang yang bodoh akan duduk diam bila menyedari diri akan terbakar. Saya pernah akan terbakar tapi cepat-cepat saya lari dari api itu.
     Andainya saya tidak bertindak cepat, pastinya sekarang ini saya sudah hangus. Api yang saya maksudkan ialah kemiskinan. Saya ibaratkan kemiskinan itu panas-seperti api besar kerana itulah saya cepat bertindak. Mengapa? kerana saya tidak mahu terbakar. Mengapa? kerana saya bukan orang bodoh.
     Bagaimanakah saya lambat bertindak, tidak cepat bertindak. Selama ini, saya menyukai rasa panas api itu. Saya rela membiarkan diri saya terbakar sedikit demi sedikit. Dulu saya hairan bagaimana pekerja-pekerja Perwaja yang bekerja di relau (tempat pembakaran besi) itu boleh tahan dengan kepanasan yang amat panas itu. Tidak ada yang perlu dihairankan kerana ' berlatih dengan sempurna akan menjadikan sempurna'. Bila setiap hari, selama beberapa jam berdiri berdekatan api,kulit menjadi lali dengan kepanasan itu.


No comments :

Post a Comment